Kaedah penentuukuran Kekurangan berat badan

Kategori[1]Indeks jisim badan (BMI; kgm−2)
Kekurangan berat badan (teruk)< 16.0
Kekurangan berat badan (sederhana)16.0 – 16.9
Kekurangan berat badan (ringan)17.0 – 18.4
Berat badan normal18.5 – 24.9
Berat badan berlebihan25.0 – 29.9
Obes≥ 30.0

Indeks jisim badan, yang merupakan nisbah berat badan seseorang kepada ketinggian mereka, secara tradisinya digunakan untuk menilai kesihatan seseorang kerana ia berkaitan dengan berat badan: di bawah titik potong BMI 18.5, seseorang itu dianggap kurang berat badan.[2] Pengiraan ini dikira sama ada berat dengan unit kilogram dibahagikan dengan kuasa dua ketinggian dengan unit meter, atau berat dengan unit paun darab dengan 703 kemudian dibahagikan dengan kuasa dua ketinggian dengan unit inci. Satu lagi cara mengukur kekurangan berat badan adalah melalui perbandingan dengan purata berat kohort orang yang mempunyai umur dan ketinggian yang sama: mereka yang sekurang-kurangnya 15% hingga 20% di bawah purata berat bagi kumpulan itu dianggap kekurangan berat badan.[3]

Peratusan lemak badan telah dicadangkan sebagai cara lain untuk menilai sama ada seseorang itu kekurangan berat badan. Tidak seperti indeks jisim badan yang merupakan kaedah ukuran proksi, peratusan lemak badan mengambil kira perbezaan komposisi antara tisu adiposa (sel lemak) dan tisu otot serta peranannya yang berbeza dalam badan.[4] American Council on Exercise mentakrifkan paras terendah jumlah lemak perlu sebelum seseorang itu menjadi kurang berat badan ialah 10–13% untuk perempuan dan 2–5% untuk lelaki.[5] Jumlah yang melebihi paras lemak badan terendah itu penting untuk menyokong fungsi pembiakan di tubuh badan perempuan.

Rujukan

WikiPedia: Kekurangan berat badan https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/4... http://www.nhlbi.nih.gov/health/educational/lose_w... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC45114... https://doi.org/10.1186%2F2052-9538-1-9 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26217501 https://www.acefitness.org/education-and-resources... https://doi.org/10.1016%2FS0140-6736(16)30054-X https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27115820 http://www.indianexpress.com/news/body-shape-is-do... https://www.sciencedaily.com/releases/2007/09/0709...